Pejabat PM dedah salah guna nama Dr Mahathir

Mahathir
Mahathir
A
A
A

PUTRAJAYA - Pejabat Perdana Menteri mendedahkan terdapat cubaan pihak tertentu menyalahgunakan nama Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.

Menerusi satu kenyataan dikeluarkan, Perdana Menteri tidak pernah mengeluarkan sebarang surat dalam bentuk e-mel kepada pengurusan tertinggi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) demi mendapatkan sokongan peribadi dalam menjayakan pentadbiran beliau.

Katanya, Perdana Menteri juga tidak pernah menyokong mana-mana laman sesawang mempromosikan perniagaan Bitcoin.

"Sebarang bentuk komunikasi rasmi daripada Perdana Menteri hanya dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri dan bukannya daripada e-mel peribadi beliau," katanya di sini hari ini.

Sehubungan itu, kedua-dua insiden tersebut akan dilaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk diambil tindakan selanjutnya.

"Pejabat Perdana Menteri ingin menasihatkan sesetengah pihak agar lebih bertanggungjawab dan tidak menyalahguna nama dan kedudukan Perdana Menteri di dalam surat-menyurat mahupun laman sesawang kerana ini adalah salah di sisi undang undang," ujarnya.

Artikel Berkaitan: