Sunway Lagoon siasat dakwaan Stacy

Foto: Laman Web Rasmi Sunway Lagoon
Foto: Laman Web Rasmi Sunway Lagoon
A
A
A

PIHAK pengurusan Sunway Lagoon, melahirkan rasa kesal di atas kejadian yang menimpa penyanyi, Stacy Anam dan keluarganya ketika berada di taman tema air terkenal itu.

Menurut wakil pengurusan terbabit kepada Sinar Harian, pihaknya akan menyiasat perkara sebenar dan akan mengambil tindakan yang sewajarnya.

"Terima kasih kerana memaklumkan perkara ini kepada kami. Kami kesal dengan pengalaman yang kurang menyenangkan.

"Sila ambil perhatian bahawa kami kini sedang menyiasat masalah yang timbul. Pihak pengurusan tidak akan sesesekali membiarkan sikap dan tinkah laku tersebut dan akan mengambil tindakan sewajarnya. Terima kasih," ujarnya kepada Sinar Harian.

Artikel Berkaitan: