Ainul Mardhiah sudah pandai pusingkan badannya

Berita gembira mengenai perkembangan dan kesihatan Ainul dimuatnaik oleh ibunya di Instagram semalam.
A
A

LONDON - Bayi istimewa, Ainul Mardhiah, Ahmad Safiuddin kini sudah pandai memusingkan badannya dan semakin sihat.

Perkara tersebut dimaklumkan ibu Ainul, Nurul Erwani Zaidi menerusi Instagramnya semalam.

"Alhamdulillah syukur, Ainul sihat setiap hari. Dah pandai pusingkan badan. Setiap hari kami akan membawa Ainul keluar untuk mengambil angin di luar. Dr sangat galakkan untuk Ainul keluar supaya dapat tengok pemandangan luar," katanya.

Ainul Mardhiah yang menghidap ‘Germ Cell Tumor’ selamat menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan seberat 200g di mulutnya di sebuah hospital di sini.

Pembedahan dilakukan sekumpulan pakar bedah dan anestetik diketuai oleh Ketua Unit Craniofacial hospital berkenaan, Prof David Dunaway.

Doktor berasal dari Malaysia, Dr Amalina Che Bakri dan Dr Julian Ong turut terlibat dalam pembedahan berisiko tinggi itu.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia