X

Kindly register in order to view this article
!

Video guru diserang dua lelaki tular

Video kes dua lelaki memarahi guru tular di laman sosial dan aplikasi WhatsApp malam tadi.
A
A

BACHOK - Rakaman video seorang guru 'diserang' dua lelaki dalam kawasan sekolah di sini tular di laman sosial dan aplikasi WhatsApp malam tadi.

Video berdurasi 3 minit 31 saat itu menampakkan dua lelaki memarahi guru terbabit.

Dua lelaki itu dikatakan saudara kepada pelajar sekolah berkenaan yang dikenakan tindakan gantung sekolah.

Guru terbabit diminta keluar dari pagar sekolah tetapi enggan berbuat demikian.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintenden Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, pihaknya belum menerima laporan berhubung kejadian itu.

Katanya, kes itu sedang diteliti dan dipercayai berlaku dalam kawasan sekolah di Gunong.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus