Bekas pengawal peribadi Datuk ditahan

Mohamad Noor Yusof Ali
Mohamad Noor Yusof Ali
A
A
A

KUANTAN - Tindakan pantas pasukan polis di daerah ini telah berjaya menahan seorang lelaki berusia 18 tahun bagi membantu siasatan berkenaan kes kejadian pecah rumah seorang ahli perniagaan berpangkat Datuk di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, suspek yang dipercayai merupakan bekas pengawal peribadi mangsa ditahan jam 11 pagi di rumahnya di Kampung Pandan 1, Sabtu lalu.

"Hasil siasatan mendapati kita percaya bahawa suspek ini merupakan suspek yang merompak rumah tersebut (ahli perniagaan) namun siasatan lanjut masih lagi diteruskan.

"Ujian air kencing pula kita mendapati suspek positif dadah jenis syabu. Polis juga merampas plastik lutsinar setiap satunya berisi serbuk dan ketulan kristal disyaki dadah jenis Syabu yang digunakan suspek," katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mohamad Noor berkata polis kini giat mengesan seorang lagi suspek disyaki kerana suspek tidak melakukan rompakan tersebut secara berseorangan.

"Kita percaya dalang utama rompakan itu suspek yang sedang diburu kerana semasa kita berjaya menahan seorang suspek tiada barang daripada rumah tersebut.

"Kita percaya suspek telah menyerahkan barang-barang kepada suspek yang masih lepas dan menyimpan barang yang telah dilarikan.

Artikel Berkaitan: