[DIKEMASKINI] Majlis malam ini tiada kaitan dengan politik, kata Anwar

Anwar. - FOTO ZAHID IZZANI
Anwar. - FOTO ZAHID IZZANI
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan Majlis Zikir dan Selawat Nurul Anwar di kediamannya malam ini berunsur politik.

Sebaliknya Ahli Parlimen Port Dickson itu menjelaskan ia merupakan aktiviti mingguan yang diadakan sejak enam bulan lalu.

"Saya tidak mahu komen. Saya buat ini setiap minggu.

"Saya tidak faham kenapa hendak politikkan majlis mengaji ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Zikir dan Selawat Nurul Anwar di kediamannya di Bukit Segambut di sini malam ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai majlis yang diakan di kediamannya itu mempunyai kaitan dengan majlis yang turut diadakan untuk Timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor malam ini.

Sebelum itu, Anwar berang dengan kumpulan media yang terus menanyakan soalan sama ada majlis yang diadakan serentak dengan Azmin itu mempunyai motif tertentu.

"Saya tidak faham kenapa hendak politik (majlis ini). Ini majlis mengaji solat, kalau hendak datang makan, makan..kalau hendak solat, ambil telekung, solat," katanya.

Dalam pada itu, lebih 200 penyokong dan ahli PKR menghadiri ini.

Artikel Berkaitan:

Majlis ini diketuai sendiri Anwar yang juga Presiden PKR itu bermula seawal jam 6.30 petang dimulai dengan majlis zikir, solat Maghrib, selawat dan akan disusuli dengan solat Isyak.

Turut kelihatan pada majlis itu, isteri beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Terdahulu, jemputan bagi majlis itu menarik perhatian ramai apabila ia menyusul selepas Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali turut akan mengadakan majlis doa kesyukuran di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor malam ini.