UMNO, Pas masih bincang nama gabungan: Ahmad Zahid

 Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi
A
A
A

KOTA BHARU - Nama khusus bagi gabungan UMNO dan Pas masih di peringkat perbincangan, kata Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, perkara itu akan diputuskan dalam mesyuarat dan akan diumumkan secara rasmi apabila tiba masanya.

"Kita harus bawa ke peringkat yang tertentu untuk kita muktamadkan (nama gabungan). Biar ada majlis secara rasmi untuk umumkannya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri besar Kelantan yang juga Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob di Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR10, di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilaporkan berkata, satu nama baharu yang merujuk kepada penyatuan Pas dan UMNO bakal mewarnai persada politik negara tidak lama lagi. - Bernama

Artikel Berkaitan: