Taikun restoran, Dosa King meninggal dunia

Rajagopal mempunyai lebih 80 rantaian restoran Saravana Bhavan di seluruh dunia. -Foto The Week
Rajagopal mempunyai lebih 80 rantaian restoran Saravana Bhavan di seluruh dunia. -Foto The Week
A
A
A

NEW DELHI - Taikun restoran India yang dikenali sebagai ‘dosa king’ meninggal dunia di hospital akibat kegagalan jantung seminggu selepas dia memulakan hukuman penjara seumur hidup atas tuduhan membunuh.

P Rajagopal, 71, dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Vijaya di Chennai semalam selepas dia mengalami masalah jantung pada Selasa lalu.

Ketika dia menyerah diri pada 9 Julai lalu, Rajagopal tiba di Mahkamah Tinggi Madras dengan menaiki ambulans dan turut memakai topeng oksigen.

Rajagopal yang mempunyai lebih 80 rantaian restoran Saravana Bhavan di seluruh dunia disabit bersalah membunuh suami wanita yang digilainya pada 2004, namun hanya menjalani hukuman penjara pada bulan ini apabila Mahkamah Agung menolak rayuan terakhirnya. - Agensi

Artikel Berkaitan: