Lori tenggelam separuh badan dalam kolam

Lori dipercayai mengundur ke belakang lalu terjunam ke dalam kolam di kuari tersebut.
Lori dipercayai mengundur ke belakang lalu terjunam ke dalam kolam di kuari tersebut.
A
A
A

PUCHONG - Seorang pemandu sebuah lori mengalami detik mencemaskan apabila lori yang dipandunya gagal dikawal lalu tenggelam dalam kejadian di sebuah kuari di sini.

Menurut sumber, lori berkenaan terbabas sewaktu hendak mengundur.

"Lori tersebut difahamkan mahu mengundur, namun gagal dikawal mengakibatkan ia mengundur dan sebahagian daripada badannya tenggelam dalam kolam di kuari tersebut.

"Bagaimanapun pemandu lori berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.

Kejadian tersebut tular di media sosial.

Rata-rata netizen mengucapkan syukur kerana kejadian tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Artikel Berkaitan: