Wanita dihalau suami selepas lumpuh separuh badan

Kakitangan LZS menziarahi wanita tersebut bagi menyalurkan bantuan dan keperluan bersesuaian.
Kakitangan LZS menziarahi wanita tersebut bagi menyalurkan bantuan dan keperluan bersesuaian.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang wanita dihalau suami selepas diduga lumpuh separuh badan akibat kecederaan tulang belakang.

Penderitaan dialami wanita itu bagaimanapun menjadi sedikit ringan selepas dibantu seorang kenalan yang membantu mencari rumah sewa sebagai tempat berlindung dan menguruskan proses rawatan di hospital.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) memaklumkan, wanita itu menjadi buntu untuk menampung kos ubat-ubatan yang tidak dibekalkan hospital.

"Pihak hospital menyatakan beliau perlu membeli ubat tahan sakit dari farmasi luar kerana ubat tersebut tidak disediakan oleh pihak hospital," katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Menurut kenyataan itu, LZS berjaya menjejaki wanita berkenaan menerusi maklumat diterima daripada orang awam bagi menyalurkan bantuan dan keperluan bersesuaian.

"Beliau yang telah didaftarkan sebagai asnaf akan disalurkan bantuan sewa rumah, kewangan bulanan serta bantuan perubatan.

"Semoga dengan bantuan ini mampu untuk meringankan beban yang dihadapi," katanya.