'Saya hanya boleh menyebut Ya ALLAH... tak henti-henti'

A
A

PENYANYI Aishah meluahkan rasa kesal di atas tindakan anak kepada usahawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman iaitu Muhammad Eric Zaquan, 12, atau dikenali Kacak yang hampir menelan hadiah berlian miliknya.

Menurut Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin, dia hanya mampu menyebut 'Ya ALLAH ' beberapa kali apabila melihat video kacak mengigit makanan ringan yang turut menjadi gimik dalam memaparkan dua bentuk berlian yang sudah dipilih oleh Aishah.

"Saya hanya boleh menyebut 'Ya ALLAH...Ya ALLAH... Ya ALLAH... tak henti-henti.

"Bagi yang tak tahu, yang disumbat dalam mulut anaknya itu adalah salah satu hadiah berlian yang sepatutnya diserahkan kepada saya mengikut terma penyelesaian kes ini," tulisnya berserta video dengan tanda pagar #moneycannotbuyclass.

Kemelut antara Aishah dan Vida bermula selepas penyanyi Janji Manismu itu mendapati rantai berlian yang dimenanginya ketika menjadi Juara program Gegar Vaganza 4 tidak menyamai nilai RM80,000.

Justeru Aishah telah membawa kes tersebut ke mahkamah selepas beberapa tuntutan sebelum itu tidak diendahkan.

Kes berkenaan diselesaikan antara kedua-duanya menerusi mediasi di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 1 Julai lalu.

Menerusi mediasi itu, Aishah dibenarkan memilih mana-mana barang kemas yang diingini asalkan dengan nilai RM80,000, manakala Vida perlu membuat permohonan maaf secara terbuka dan membayar kos guaman Aishah sebanyak RM7,500.

Saya ingatkan dia main-main: Vida

Sementara itu, Vida mendedahkan bahawa dia pada mulanya menyangka Eric hanya main-main untuk mengigit makanan ringan yang mengandungi berlian tersebut.

"Kacak rasa macam nak telan berlian ni. Kenapa ya?

Saya ingatkan dia main-main. Rupanya.... Panik saya," tulisnya ringkas kira-kira sejam lalu.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia