Lagi Orang Asli Kuala Koh dirawat di Hospital Kuala Krai

Dr Mohd Salleh(berdiri,belakang,lima,kanan) selepa bersama kakitangan Hospital Kuala Krai pada Karival Sukan,hari ini.
Dr Mohd Salleh(berdiri,belakang,lima,kanan) selepa bersama kakitangan Hospital Kuala Krai pada Karival Sukan,hari ini.
A
A
A

KUALA KRAI - [DIKEMASKINI] Lima lagi orang asli suku kaum Bateq yang mengalami masalah berkaitan pernafasan masih dirawat di wad khas kluster.

Pengarah Hospital Kuala Krai, Dr Mohd Salleh Mat Jusoh berkata, daripada lima pesakit berkenaan, empat adalah dewasa dan seorang bayi berusia empat bulan.

"Bayi yang pada mulanya dimasukkan ke hospital dengan berat 1.8 kilogram menunjukkan perkembangan positif apabila beratnya meningkat kepada 3 kilogram.

"Kini kita sedang menunggu laporan lanjut kesihatan pesakit untuk menyerahkannya kepada Jabatan Orang Asli," katanya kepada Sinar Harian selepas merasmikan Karnival Sukan Hospital Kuala Krai di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai hari ini.

Menurutnya, kesemua empat pesakit yang sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Krai juga menunjukkan perkembangan positif.

"Dijangka tidak ada lagi pertambahan pesakit dalam masa terdekat.

"Dengan itu, wad khas kluster untuk pesakit Orang Asli Kuala Koh bakal ditutup dalam masa terdekat, sementara pesakit akan ditempatkan di wad biasa," katanya.

Sementara itu, Dr Mohd Salleh berkata, Karnival Sukan Hospital Kuala Krai merupakan acara dwi tahunan di bawah kelab hospital dalam usaha melahirkan kakitangan yang aktif dan cergas.

Artikel Berkaitan: