X

Kindly register in order to view this article
!

Sup Kepala Ikan Mok Ambo tarikan baharu di Tok Bali

Sup kepala ikan dan sup ketam nipah menjadi menu utama yang menarik pelanggan.
A
A

PASIR PUTEH - Sup kepala ikan menjadi tarikan utama orang ramai ke restoran baharu di tepi Terusan Semerak di Tok Bali.

Restoran Sup Kepala Ikan Mok Ambo yang terletak di bawah Jambatan Tok Bali itu memilih menu berbeza dengan kebanyakan restoran di Tok Bali yang kebanyakannya bertumpu kepada ikan bakar.

Pengurusnya, Zulkifli Umar berkata, walaupun baharu 10 hari beroperasi, restoran yang diusahakan sudah dikenali ramai.

Orang ramai menikmati sup kepala ikan di Restoran Sup Kepala Ikan Mok Ambo.
Orang ramai menikmati sup kepala ikan di Restoran Sup Kepala Ikan Mok Ambo.

"Saya pilih sup kepala ikan sebagai menu utama, pelbagai spesies ikan seperti jenahak, kerapu, jemuduk, dan cermin.

"Selain itu kita juga menyediakan sup ketam nipah yang sukar diperolehi di kedai makan lain di Kelantan," katanya.

Menurutnya, Restoran Sup Kepala Ikan Mok Ambo dibuka setiap hari dari jam 12 tengah hari hingga 12 tengah malam.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!