'Mukhriz terdesak ajak Pas sertai PH'

Rosli Jabar
Rosli Jabar
A
A
A

KUANTAN - Kenyataan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir bahawa Pakatan Harapan (PH) sedia bekerjasama dengan Pas disifatkan sebagai terdesak selepas menuduh Pas dengan pelbagai tohmahan.

Pesuruhjaya Pas Pahang, Rosli Jabar mendakwa, Mukhriz telah jelas menunjukkan sikapnya yang selama ini membela dan membenarkan apa jua tuduhan DAP terhadap Pas terutama dalam isu agama Islam sedangkan itulah dasar perjuangan Pas.

"Sebelum ni Parti Amanah Negara (Amanah) juga mengeluarkan kenyataan yang sama. Namun Pas menolaknya. Ini semua sikap parti terdesak setelah mereka gagal untuk mendapatkan sokongan dari sebahagian orang Melayu.

"Mereka ajak UMNO, UMNO tolak, kini mereka pelawa Pas pula setelah mereka sebarkan pelbagai fitnah dan tohmahan," katanya kepada Sinar Harian.

Rosli menegaskan, Pas pada dasarnya sedia untuk menerima dan menyertai mana-mana parti asalkan bersesuaian dengan prinsip dan dasar perjuangan parti itu.

Katanya, Pas pernah bersama dengan beberapa gabungan sebelum ini tapi terbukti mereka tidak menepati janji terutama dalam menghormati dasar perjuangannya.

"Bagi Pas, kerjasama dengan UMNO cukup kuat dan semakin serasi. Kerjasama ini pastinya akan mencetuskan gelombang besar politik Malaysia untuk menumpaskan PH pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti," katanya.

Artikel Berkaitan: