Lelaki maut terjatuh dari tingkat 14

Mangsa yang terjatuh dari tingkat 14 pangsapuri terperangkap dalam sebuah kereta.
Mangsa yang terjatuh dari tingkat 14 pangsapuri terperangkap dalam sebuah kereta.
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat 14, Blok E, Pangsapuri Medan Cahaya, di sini tengah hari tadi.

Dalam kejadian jam 1.50 tengah hari, mayat mangsa ditemui terperangkap dalam sebuah kereta jenis Nissan Grand Lavina yang diletakkan di kawasan parkir bangunan pangsapuri.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, sebaik menerima maklumat, sepasukan anggota polis peronda (MPV) Balai Polis Petaling Jaya dihantar ke lokasi.

No Image Caption

Menurutnya, anggota polis yang tiba mengesahkan penemuan mayat mangsa berada dalam kereta tersebut.

“Mangsa berusia 32 tahun itu terjatuh dari bangunan pangsapuri dan mengenai sebuah kereta, mayatnya terperangkap dalam kenderaan tersebut. Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Artikel Berkaitan: