Korban bangunan runtuh di India meningkat 10 orang

Anggota penyelamat membawa keluar mangsa yang selamat susulan bangunan runtuh di Dongri, India. - Foto AFP
Anggota penyelamat membawa keluar mangsa yang selamat susulan bangunan runtuh di Dongri, India. - Foto AFP
A
A
A

MUMBAI - Sepuluh orang dilaporkan maut manakala sekurang-kurangnya 10 lagi dikhuatiri masih terperangkap selepas sebuah bangunan usang empat tingkat di kawasan Dongri runtuh ketika hujan lebat melanda Mumbai semalam.

"10 mayat berjaya ditemukan dan sembilan mangsa cedera dibawa ke hospital.

"Operasi mencari akan diteruskan sehingga kesemua mangsa yang terperangkap di bawah runtuhan diselamatkan.Lebih 10 orang dipercayai masih terperangkap," kata jurucakap pengurusan bencana, Tanaji Kamble kepada AFP.

Dalam pada itu, dua pasukan Bantuan Bencana Kebangsaan (NDRF) dan sukarelawan tempatan, pasukan bomba serta polis bekerjasama mengesan mangsa yang terperangkap.

Musim hujan monsun dilaporkan menghanyutkan kediaman, menyebabkan tanah runtuh dan meragut sekurang-kurangnya 180 nyawa di seluruh Asia Selatan. - AFP

ARTIKEL BERKAITAN: 2 maut, 40 terperangkap bangunan runtuh di India

Artikel Berkaitan: