2 maut, 40 terperangkap bangunan runtuh di India

Anggota penyelamat dan penduduk setempat membantu mencari mangsa di bawah runtuhan bangunan. - Foto Reuters
Anggota penyelamat dan penduduk setempat membantu mencari mangsa di bawah runtuhan bangunan. - Foto Reuters
A
A
A

MUMBAI - Sekurang-kurangnya dua maut manakala 40 yang lain dikhuatiri terperangkap di bawah runtuhan selepas sebuah bangunan empat tingkat runtuh di Dongri, India, hari ini.

Difahamkan kejadian berlaku kira-kira 11.40 pagi (waktu tempatan) dan setakat ini tiga pasukan daripada Pasukan Bantuan Bencana Kebangsaan (NDRF) sedang giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa.

Menurut saksi, bangunan berusia 90 tahun itu merupakan tempat tinggal sembilan keluarga.

Dalam pada itu, polis Mumbai dalam satu entri dimuat naik di laman Twitter mereka menggesa orang ramai menjauhkan diri dari tempat kejadian bagi memudahkan operasi menyelamat yang lebih berkesan. - Agensi

Artikel Berkaitan: