Ujian orang pencen...

Mohd Rozali (kanan) ketika menerima kunjungan Dr Khairuddin di rumahnya di Tanjung Sabtu.
Mohd Rozali (kanan) ketika menerima kunjungan Dr Khairuddin di rumahnya di Tanjung Sabtu.
A
A
A

KUALA NERUS - Mungkin dunia persaraan bagi Mohd Rozali Mohamad, 59, tidak seindah orang lain apabila menghidap penyakit tiga serangkai iaitu kencing manis, darah tinggi dan penyakit jantung.

Namun, dengan sokongan keluarga, rakan-rakan serta pemimpin setempat yang tidak putus-putus memberikan perangsang ia menjadi antara terapi yang meringankan tekanan dan bebanan Mohd Rozali.

Anak lelakinya, Mohd Sahabudin, 32, berkata, bapanya itu menghidap menyakit jantung sejak lapan tahun lalu dan pernah menjalani pembedahan jantung di Hospital Sultanah Nur Zahirah lima tahun lalu.

Kata Mohd Sahabudin, terbaharu bapanya turut diuji dengan masalah paru-paru yang lemah.

“Disebabkan masalah paru-paru lemah, bapa mengalami sesak nafas dan sukar untuk bernafas," katanya ketika menerima kunjungan Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.

Dr Khairuddin turut menyampaikan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan harian kepada keluarga tukang rumah itu sempena lawatannya ke Kampung Tanjung Sabtu di sini pada Ahad lalu.

Keluarga Mohd Rozali bukan sahaja bersyukur apabila Dr Khairuddin sudi meluangkan masa ke rumah mereka malah, duka ketua keluarga itu sedikit terubat dengan kehadiran ahli Parlimen Kuala Nerus itu.

Artikel Berkaitan: