Kru kapal ditemukan tergantung

No Image Caption
A
A
A

KEMAMAN - Seorang kru kapal tunda yang juga pembantu kapten ditemui tidak bernyawa oleh rakan sekerjanya dalam bilik generator kapal itu di perairan Pulau Tenggol, Dungun.

Mayat lelaki warganegara India berusia 47 tahun itu ditemukan tergantung kira-kira jam 6 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharuddin Abdullah berkata, semasa kejadian, kapal terbabit dalam perjalanan dari Vietnam menuju ke Kemaman.

Menurutnya, polis menerima panggilan mengenai penemuan mayat itu kira-kira jam 1.09 pagi hari ini sebelum sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman dibantu Unit Forensik Hospital Kemaman bergegas ke lokasi kapal itu berlabuh.

“Kapal itu berlabuh di perairan Kemaman berhampiran Pangkalan Bekalan Kemaman (KSB), Kawasan Perindustrian Teluk Kalong, Kijal di sini kira-kira jam 9 pagi semalam.

"Mayat lelaki dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk proses bedah siasat,” katanya.

Artikel Berkaitan: