'Spiderman' warga Bangladesh ditahan imigresen

Anggota penguat kuasa JIM menahan 'Sipderman' yang didapati memakai kostum adiwara itu bagi mendapatkan wang dengan cara mudah.
Anggota penguat kuasa JIM menahan 'Sipderman' yang didapati memakai kostum adiwara itu bagi mendapatkan wang dengan cara mudah.
A
A
A

MELAKA TENGAH - Tindakan seorang warga Bangladesh memakai kostum watak komik adiwira 'Spiderman' bagi mendapatkan wang dengan cara mudah, akhirnya memakan diri apabila ditahan Jabatan Imigresen Melaka (JIM) di Jalan Kota, Banda Hilir, di sini semalam.

Pengarahnya, Mohd Fauzi Abdullah berkata, kelicikan individu itu akhirnya terbongkar setelah pihaknya membuat risikan kira-kira lima jam di beberapa lokasi sebelum berjaya menahannya pada jam 4.20 petang.

Menurutnya lelaki 38 tahun itu dipercayai mengenakan bayaran sebanyak RM5 bagi setiap keping yang diambil terutama pelancong ataupun kanak-kanak yang tertarik dengan kostum tersebut.

"Sepasukan tujuh penguat kuasa JIM membuat risikan dan memantau individu itu malah menunggu kira-kira lima jam di beberapa lokasi sasaran sebelum menahannya.

"Individu itu juga didapati menjual permainan kanak-kanak dan mempunyai pembantu seorang wanita berusia lewat 40-an bersama anak perempuannya," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Tambahnya, hasil pemeriksaan awal mendapati lelaki terbabit turut membawa salinan dokumen palsu dan JIM telah menahannya atas kesalahan tinggal lebih masa di atas pas lawatan sosial.

Kes disiasat mengikut mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1958/63 iaitu tinggal melebihi tempoh dibenarkan dan jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM10,000 atau penjara bagi tempoh tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Artikel Berkaitan: