Wanita maut selepas hantar kuih

Mangsa maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di dada dalam kemalangan di Kilometer 5, Pekan Umbai, Jalan Melaka-Muar di sini, awal pagi tadi. Gambar kecil: Sariani
Mangsa maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di dada dalam kemalangan di Kilometer 5, Pekan Umbai, Jalan Melaka-Muar di sini, awal pagi tadi. Gambar kecil: Sariani
A
A
A

JASIN - Seorang wanita maut selepas menghantar kuih-muih yang dibuatnya untuk dijual di sebuah kedai makan di Kilometer 5, Pekan Umbai, Jalan Melaka-Muar di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 pagi, mangsa Sariani Mohd Shariff, 44, turun dari kenderaannya sebelum melintas jalan untuk menghantar pelbagai jenis kuih jualannya itu.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Arshad Abu berkata, bagaimanapun selepas menghantar kuih, mangsa kembali melintas jalan sebelum dirempuh sebuah kenderaan di tempat kejadian.

"Akibat rempuhan itu, mangsa cedera dan terbaring di atas jalan raya. Kemudian, datang pula sebuah motosikal yang ditunggang seorang pemuda berusia 25 tahun yang tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa," katanya.

Tambahnya, impak kemalangan itu mangsa mengalami cedera parah di bahagian dada dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Jasin untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan: