Fizo terkilan ibu dikaitkan dengan perceraian

Instagram Fizo Omar
A
A

SELEPAS Fizo Omar dan Mawar Karim bercerai, pasangan ini terus mendapat perhatian umum sementelah perceraian mereka bukanlah kerana kewujudan orang ketiga atau tiada keserasian.

Tambah Fizo, 34, biarpun perkahwinannya dengan Mawar Abdul Karim, 30, berakhir, namun status mereka kini telah bertukar kepada ibu bapa bersama kepada zuriat mereka, Wan Maryam Wan Hafizol.

Mawar pula menyifatkan keputusan berpisah ini adalah pengorbanan terbesar yang pernah dilakukan dalam hidupnya demi kebaikan Fizo dan keluarganya.

Namun kenyataan usahawan tudung ini telah disalahserti dan menimbulkan spekulasi kononnya perpisahan mereka itu disebabkan ada campur tangan keluarga mentua.

Fizo meluahkan rasa kurang senang dengan sikap sesetengah netizen yang membuat spekulasi melulu lebih-lebih lagi melibatkan dakwaan perpisahan ini dipengaruhi oleh masalah mentua.

Kata-kata 'nakal' itu mengundang rasa kurang senang Fizo yang sememangnya diketahui amat rapat dengan keluarganya yang secara langsung mengganggu emosi ibu dan keluarganya.

Fizo tampil menjernihkan keadaan menerusi temu bual bersama pihak Melodi.

Tidak hanya itu, Fizo telah memuat naik temu bual itu Dan temubual itu di laman Instagram miliknya.

Mengulas semula tentang perpisahan yang sudah berlaku, Fizo mendedahkan ahli keluarga terdekat juga tidak tahu tentang pergolakan rumah tangganya kerana dia tidak suka mencanangkan masalah rumah tangga kepada umum termasuk pada media sosial.

Tidak menafikan berpisah adalah sesuatu yang negatif, namun dia terpaksa menelan takdir yang sudah tertulis ini.

Katanya, perpisahan ini sudah dipersetujui oleh kedua-dua pihak secara damai untuk kebaikan semua terutamanya anak mereka, Wan Maryam.

"Bila saya bagi kenyataan, Mawar bagi kenyataan dimanipulasi, ada yang menyalahkan keluarga Mawar, keluarga saya, kata saya ini anak mak.

"Isu anak mak itu, tak tahulah dari dulu lagi, sudah berbelas-belas tahun saya jaga mak saya. Mak saya ibu tunggal, dia ada kencing manis, mata pun tak nampak.

"Lepas arwah ayah saya meninggal dunia, saya ambil tanggungjawab jaga mak saya. Macam mana mak saya mendidik saya, macam itulah saya mendidik anak saya untuk menjaga mak dia (pula), Mawar faham.

"Cuma mungkin berkenaan kenyataan Mawar... dan saya juga kurang jelas dengan apa yang cuba Mawar sampaikan itu, tetapi saya percaya Mawar adalah wanita yang baik dan tidak akan bercakap buruk mengenai ibu mentuanya sendiri," katanya.

Dia juga mengakui hubungan mereka masih baik dan baharu berjumpa kerana Mawar datang mengambil anaknya, Maryam malah turut berjumpa dengan ibunya.

Tidak dinafikan sebelum tiba tarikh perpisahan, mereka tinggal berasingan buat sementara.

Dalam tempoh itu, Mawar datang ke rumahnya dan juga mengambil Maryam serta boleh makan di rumah semasa ibunya ada, malah hubungan dia dengan bekas mentuanya baik serta tidak bermasam muka.

Tambah Fizo, semasa di mahkamah pun mereka berjumpa dan bersembang seperti biasa.

"Insya-ALLAH, akan ada perbincangan seterusnya bagi penjagaan anak. Tetapi saya tidak berhasrat untuk menuntut hak penjagaan anak, sebaliknya meminta kerjasama untuk mendapat hak penjagaan secara adil," katanya.

Fizo turut menegaskan tiada isu pergaduhan keluarga dan perceraian mereka juga tidak membabitkan campur tangan keluarga.

"Apa yang diperkatakan netizen, kecuali netizen itu duduk satu rumah tahu apa cerita... baharu boleh buat kenyataan.

"Kami tidak pernah keluar apa sahaja isu dekat media tetapi tiba-tiba keluar spekulasi macam ini, maaf cakap... atas tindakan korang semua, yang menjadi mangsa adalah mak saya, jadi keluarga saya tertekan.

"Saya steady... Insya-ALLAH saya tak fikirkan apa orang cakap, tapi saya fikir apa ALLAH cakap," katanya.

Namun kesan daripada pelbagai komen itu telah memberi impak kepada ibu dan keluarga.

"Saya kesal ia memberi sedikit tekanan emosi buat masa sekarang. Sudah-sudahlah itu, kita cerita yang baik-baik.

"Kalau sayangkan saya dan Mawar, doakan yang baik-baik, walaupun jodoh kami tidak panjang, mungkin Mawar akan jumpa orang yang lebih baik, mungkin saya jumpa orang yang lebih baik. Atau kami lebih bahagia 'single', siapa tahu.

"Apa yang saya boleh katakan sekarang ini, saya dan Mawar berada dalam kondisi yang sangat baik dan saya percaya berpisahnya kami berdua mungkin lebih merapatkan silatulrahim dengan satu objektif sama membesarkan dan juga mendidik kami," katanya.

Tegasnya, yang mencetuskan kontroversi adalah orang luar, bukan daripada keluarganya mahupun keluarga Mawar meskipun perceraian itu menyedihkan kedua-dua keluarga.

"Semasa lafaz (sebelum ini)... dalam hati saya, ia bukan satu pengakhiran tetapi permulaan saya dan Mawar sebagai sahabat baik, co-parent

untuk menjaga dan mendidik anak mereka Maryam.

"Bila ALLAH SWT izinkan, silatulrahim kami akan kekal rapat sampai bila-bila," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Fizo, Mawar sah cerai

'Ia satu permulaan, bukannya pengakhiran'


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia