Fizo, Mawar sah cerai

Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, dekat sini, sebentar tadi.
A
A

BANGI - [KEMASKINI] Kemelut rumah tangga pelakon, Fizo Omar dan isterinya, Mawar Abdul Karim terlerai apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, di sini hari ini.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 34, selaku defendan melafazkan lafaz itu selepas Hakim Syarie Che Abdullah Che Hassan membenarkan permohonan cerai yang difailkan oleh Mawar, 30.

Che Abdullah mensabitkan penceraian kali pertama dengan talak satu dan memerintah Mawar menjalani tempoh idah selama tiga bulan.

Ibu bapa kepada Wan Maryam itu turut diperintah memfailkan penceraian.

Badai gelora rumahtangga pasangan itu berjaya dihidu oleh media apabila Fizo dan Mawar beraya berasingan di kampung masing-masing.

Fizo, 34, dan Mawar, 30, mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan Wan Maryam