Pemandu pelancong hilang di Taman Negara Mulu ditemukan maut

No Image Caption
A
A
A

MIRI - Pemandu pelancong tempatan yang hilang setelah dibawa arus deras di sungai Gua Rusa, Taman Negara Mulu Jumaat lepas, ditemukan meninggal dunia.

Ketua Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong berkata, pasukan mencari serta menyelamat menjumpai mayat Roviezal Robin, 20, pada jam 10 pagi ini dalam keadaan meniarap di atas batu serta celah kayu.

“Jarak mayat ditemui ialah 500 meter dari jalan masuk ke Gua Rusa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Menurutnya, mayat ditemukan tidak berbaju atau berkasut, hanya berseluar dan stokin sahaja.

Dalam kejadian pukul 5.50 petang Jumaat itu, Roviezal serta seorang pelancong Belanda Peter Hans, 66, hilang dibawa arus deras dengan mayat Hans ditemui pukul 6.40 pagi Sabtu. - Bernama

Artikel Berkaitan: