GST: Polis perlu siasat Guan Eng, kata KJ

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin di Parlimen hari ini. - Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin di Parlimen hari ini. - Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
A
A
A

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) perlu mengambil tindakan terhadap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng susulan pengesahan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) bahawa tiada kehilangan wang sebanyak RM19.4 bilion hasil kutipan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, polis wajar mengambil tindakan susulan berkaitan dakwaan sebelum ini yang menuduh kerajaan Barisan Nasional (BN) merompak duit kutipan GST.

“Polis kena ambil tindakan, saya pun dah beri keterangan kepada polis dan apabila disahkan oleh PAC, saya rasa polis mesti ambil tindakan susulan.

“Sebab ia berkaitan satu jenayah rompakan. Kalau tak ada jenayah, polis mesti keluarkan satu kenyataan sekurang-kurangnya,” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendesak supaya usul membawa Menteri Kewangan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen dibincang sebelum tamat sesi sidang Dewan Rakyat kali ini yang bakal tamat pada Khamis ini.

Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Parlimen, hari ini. - Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM
Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Parlimen, hari ini. - Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

Ia susulan selepas PAC mengesahkan rumusan bahawa tiada kehilangan wang sebanyak RM19.4 bilion dalam kutipan hasil cukai barang dan perkhidmatan (GST).

Ismail Sabri berkata, ia berdasarkan Peraturan Mesyuarat 36 (12) mengemukakan usul supaya Guan Eng dibawa ke jawatankuasa berkenaan atas kesalahan mengelirukan Dewan Rakyat.

Artikel Berkaitan: