Nafi keluar Bersatu, Mohd Fasiah sedia saman pihak terbabit

Mohd Fasiah Mohd Fakeh
Mohd Fasiah Mohd Fakeh
A
A
A

SABAK BERNAM - Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh menafikan khabar angin mendakwa beliau bakal meninggalkan Bersatu seperti yang dilaporkan sebuah portal berita.

Mohd Fasiah berkata, beliau setia bersama parti itu dan akan meneruskan kerja membantu dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Menurutnya, kenyataan sumber terbabit bersifat fitnah dan beliau sedia mengambil tindakan undang-undang.

"Tuduhan ini tak betul. Portal berita mana yang mendakwa saya keluar daripada Bersatu?.

"Ini semua fitnah, saya tidak teragak-agak menyaman pihak terbabit," katanya.

Sebuah portal berita hari ini melaporkan, Mohd Fasiah yang mewakili BN pada PRU14 lalu bakal meninggalkan Bersatu atas kapasiti persendirian dan tidak melibatkan lima lagi bekas Ahli Parlimen UMNO lain yang keluar parti dan menyertai Bersatu pada 12 Februari lalu.

Artikel Berkaitan: