Rihana Oksana dicerai talak tiga?

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Sekeping sijil perceraian menunjukkan wanita Rusia Rihana Oksana Gorbatenko, 26, sah diceraikan talak tiga, lapor sebuah portal berita.
Menurut sijil perceraian yang dipercayai didaftarkan 1 Julai lalu selepas proses perceraian Rihana bertarikh 22 Jun di Singapura.
Memetik laporan Astro Awani, sijil penceraian yang dilengkapi dengan nombor siri itu turut menyatakan perceraian itu sudah mendapat kelulusan daripada Mahkamah Syariah.
Model jelita yang dinobatkan sebagai Ratu Moscow 2015 itu dipercayai melangsungkan perkahwinan pada November 2018, lapor portal berita berpusat di United Kingdom, Daily Mail.
Sementara itu, media Moscow yang turut dipetik Daily Mail melaporkan perkahwinan Rihana bergolak pada 24 Januari lalu.
Dalam pada itu, beberapa sumber turut mempertikaikan hantaran Instagram Rihana sejak kebelakangan ini.
Ini kerana hantaran Instagram yang menceritakan kisah-kisah kehidupannya tidak disertakan bersama gambar-gambar baharu Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
- Iklan -Isu sempadan Malaysia-Thailand dalam radar kerajaan - Saifuddin
12 Ogos 2026 05:53pmKKM saran tangguh aktiviti luar jika IPU melebihi 100
12 Ogos 2026 05:02pmAnugerah MIHAS 2026 kembali iktiraf kecemerlangan industri halal
12 Ogos 2026 05:00pmSuami isteri berdepan hukuman mati
12 Ogos 2026 12:33pm12 Ogos detik bumi hilang graviti tujuh saat?
12 Ogos 2026 07:00amAnak bunuh ibu gara-gara dikejut solat Subuh
12 Ogos 2026 07:10am- Iklan -- Iklan -
