Pemandu lori terselamat dalam kejadian tanah runtuh

Gambar dari kiri: Keadaan lori yang dipandu mangsa tertimbus akibat kejadian tanah runtuh di Jalan Tobiar, Pendang.Mangsa berjaya diselamatkan pekerja kuari dan diberikan rawatan awal oleh anggota Unit EMRS sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah.
Gambar dari kiri: Keadaan lori yang dipandu mangsa tertimbus akibat kejadian tanah runtuh di Jalan Tobiar, Pendang.Mangsa berjaya diselamatkan pekerja kuari dan diberikan rawatan awal oleh anggota Unit EMRS sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah.
A
A
A

PENDANG - Seorang pemandu lori terselamat dan hanya mengalami cedera ringan dalam kejadian tanah runtuh di kawasan kuari, di Jalan Tobiar, petang tadi.

Mangsa, Mohd Nazmi Ismail, 29, dari Kampung Bukit Teriak, Pokok Sena, dilaporkan cedera di bahagian kepala, selain mengadu sakit dada dalam kejadian kira-kira 2 petang itu.

Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Zamani Ismail berkata, sebaik tiba di lokasi, mereka dapati berlaku kejadian tanah runtuh ketika kerja-kerja mengorek tanah dilakukan sehingga menimbus sebuah lori di situ.

Menurutnya, mangsa yang berada di tempat duduk pemandu kenderaan berat itu telah dikeluarkan oleh pekerja kuari tanah sebelum ketibaan anggota bomba.

“Bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 2.18 petang, mangsa yang mengalami kecederaan ringan diberi rawatan awal oleh anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, mangsa seterusnya dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar oleh jentera EMRS untuk rawatan susulan.

Artikel Berkaitan: