Bayi lelaki ditemui di dalam kotak

Bayi lelaki yang ditemui dalam kotak.
Bayi lelaki yang ditemui dalam kotak.
A
A
A

AMPANG - Ahli kariah sebuah surau, di AU1A, Taman Keramat dikejutkan dengan penemuan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di dalam kotak, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, polis menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan penemuan bayi itu pada jam 8.56 malam.

“Sepasukan anggota Pasukan Kereta Peronda (MPV) telah pergi ke lokasi untuk tindakan awal, kemudian disusuli pasukan siasatan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati bayi yang diletakkan di dalam kotak itu masih hidup dengan berpakaian lengkap dan lampin serta susu disisinya.

“Pasukan perubatan yang hadir telah memeriksa bayi berkenaan dan mengesahkan bayi berkeadaan sihat, bayi berkenaan dibawa ke Hospital Ampang untuk pemeriksaan lanjut, bayi tersebut ditempatkan di Zon Kuning dan keadaannya stabil,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan.

Artikel Berkaitan: