KKM siasat isu orang asli dipaksa ikuti perancang keluarga

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berucap pada Majlis Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia di Mutiara Damansara hari ini. Foto: Bernama
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berucap pada Majlis Sambutan Hari Keselamatan Makanan Sedunia di Mutiara Damansara hari ini. Foto: Bernama
A
A
A

PETALING JAYA - Kementerian Kesihatan (KKM) menubuhkan satu jawatankuasa siasatan dalaman bagi menyiasat dakwaan mengenai wanita orang asli di Perak dipaksa mengikuti program perancang keluarga.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, siasatan dalaman itu melibatkan tiga perkara dengan siasatan menyeluruh sehingga selewat-lewatnya 26 Julai ini.

”Siasatan dalaman itu akan menyiasat sama ada dakwaan berlakunya paksaan dalam penerimaan ubat perancang dalam kalangan orang asli.

“Kedua ialah mengenal pasti kelemahan dalam penyampaian program perancang keluarga dan yang ketiga ialah saranan penambahbaikan ke atas penyampaian program itu,” katanya selepas merasmikan Hari Keselamatan Makanan Sedunia 2019, di sini hari ini.