Himpunan Aman Tolak Azmin Ali 2.0 hambar

Himpunan Aman Tolak Azmin Ali 2.0 di Kuala Lumpur berlangsung hambar.
Himpunan Aman Tolak Azmin Ali 2.0 di Kuala Lumpur berlangsung hambar.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Himpunan Aman Tolak Azmin Ali 2.0 yang berlangsung di hadapan pusat membeli belah Sogo, di sini berlangsung hambar, petang tadi.

Himpunan itu hanya berlaku dalam tempoh 15 minit, bermula jam 5.30 petang dan dua individu yang memberi ucapan terpaksa 'bersaing' suara dengan penyanyi buskers di kawasan sama.

Berdasarkan tinjauan Sinar Harian, jumlah orang ramai yang menonton persembahan penyanyi buskers jauh lebih ramai berbanding mereka yang mendengar ucapan Himpunan Aman Tolak Azmin Ali 2.0.

Ada beberapa pengunjung yang dilihat mendekati kawasan himpunan namun berlalu pergi selepas seketika mendengar ucapan penganjur himpunan.

Kelihatan juga pegawai dan anggota polis bertugas mengawasi kawasan berkenaan.

Difahamkan, himpunan tersebut dianjurkan Pertubuhan Pendekar Malaya Tolak Semburit bertujuan mendesak Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berehat dari jawatan menteri dan parti berhubung penularan satu video intiim, baru-baru ini.

Sementara itu, Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd. Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata, penganjur perhimpunan tidak memberikan sebarang notis himpunan kepada polis dan mereka telah tidak mematuhi Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Artikel Berkaitan: