Ebit Lew kemalangan, kereta tiba-tiba dihimpit

Gambar kenderaan selepas kemalangan turut dikongsikan Ustaz Ebit Lew di laman sosial Facebooknya.
A
A

SEREMBAN - Penceramah, Ustaz Ebit Lew cedera ringan dalam kemalangan dekat Lebuhraya Utara-Selatan di Seremban, hari ini.

Berkongsi di laman Facebooknya, Ebit memaklumkan, kejadian berlaku kira-kira jam 3 pagi tadi.

Ketika itu, dia bersama dua lagi rakan dalam perjalanan balik dari Pasir Gudang menuju ke Kuala Lumpur.

"Saya bertiga. Ada kereta masuk ke kanan tiba-tiba himpit kereta saya. Takde (tiada) kereta lain di highway (lebuh raya).

“Saya cuba elak sampai hampir kena divider (pembahagi jalan) kanan.

"Dua-dua hampir terbalik. Saya tercampak ke depan. Sempat mengucap. Terhentak kuat juga. Sakit badan dengan hidung," katanya, hari ini.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia