Lelaki curi enam kotak rokok ditahan

Wajah dan pelakuan suspek dirakam menerusi rakaman CCTV stesen minyak berkenaan.
Wajah dan pelakuan suspek dirakam menerusi rakaman CCTV stesen minyak berkenaan.
A
A
A

BUTTERWORTH - Seorang lelaki ditahan selepas dipercayai mencuri rokok di kedai serbaneka di sebuah stesen minyak di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, lelaki berusia 29 tahun itu ditahan di rumahnya di Jalan Mengkuang pada jam 4.30 petang.

Menurutnya, polis menerima laporan daripada seorang pekerja wanita stesen minyak tersebut berhubung kehadiran suspek untuk membeli enam kotak rokok.

"Suspek ke stesen minyak tersebut pada Rabu lalu, kira-kira jam 2.30 petang untuk membeli enam kotak rokok. Suspek kemudiannya memberitahu pekerja stesen minyak itu kononnya mahu mengambil wang di motosikalnya.

Wajah dan pelakuan suspek dirakam menerusi rakaman CCTV stesen minyak berkenaan.
Wajah dan pelakuan suspek dirakam menerusi rakaman CCTV stesen minyak berkenaan.

"Suspek terus melarikan diri dengan motosikalnya tanpa membuat sebarang bayaran. Bagaimanapun, wajah dan perlakuan suspek berjaya dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) milik kedai tersebut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Noorzainy berkata, polis merampas beberapa barangan antaranya dua beg dan sebuah telefon bimbit daripada suspek.

"Kita turut merampas sebuah motosikal yang dipercayai digunakan suspek ketika melakukan jenayah tersebut selain lima kotak rokok yang belum dibuka bungkusannya dan sebuah kotak rokok yang telah dibuka.

Artikel Berkaitan:

"Hasil saringan ujian air kencing suspek mendapati dia positif jenis syabu. Bagaimanapun, suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan. Suspek direman bermula hari ini," katanya.