Memey imbau kenangan bersalin anak ketiga

 Memey Suhaiza
Memey Suhaiza
A
A
A

PEJAM celik, pejam celik, rupanya dah setahun usia anak ketiga Memey Suhaiza dan Norman Hakim, yang juga anak keenam Norman.

Mikayla Delisha Hakim dilahirkan pada 12 Julai tahun lalu.

Imbau Memey, pada hari bersalinkan Mikayla, dia pada mulanya mahu menghadiri rumah terbuka terlebih dahulu namun dihalang suami.

"Masa ni tengah raya lagi. Nak pergi open house ada macam darah sikit tapi tak sakit apa-apa. Suami push nak terus ke hospital. Saya cakap nak pergi open house dulu sebab tak rasa apa-apa nak makan dulu.

"Sampai hospital Dr. Zarina check dah 5 cm. Terus suruh tukar baju, siap-siap dan keluarlah Mikayla.

"Alhamdulillah syukur dipermudahkan sangat. Mengandung Mikayla, mummy ligat sangat aktif sampailah sembilan bulan sebab mummy tak ada alahan.

"Terima kasih anak. Hadiah terindah untuk mummy. ALLAH dengar doa mummy nak baby girl. Alhamdulillah.

"Terima kasih cinta hati mummy papa, anak bertuah penambah seri bahagia, pembawa rezeki. We love you so much," tulisnya.

Artikel Berkaitan:

Menerusi perkongsian hidup dibina bersama Norman pada 24 September 2011, pasangan ini telah dikurniakan dua anak lelaki iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 6, dan Muhammad Dikhriz Hakim, 4, serta Mikayla.