Judi dalam talian: Wanita antara enam ditahan

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menahan lima lelaki dan seorang wanita yang disyaki terlibat dengan kegiatan judi dalam talian dalam serbuan di sebuah kondominium mewah di Jalan Kuchai Lama, di sini, semalam.

Ketua Polis Brickfields, Asisten Komisioner Ruslan Khalid berkata, dalam serbuan pada kira-kira jam 5 petang itu polis turut merampas pelbagai jenis barangan antaranya dua set komputer, tiga komputer riba, lima telefon pelbagai jenama, sebuah permainan mini 'roulette' dan sebuah sangkar berisi bola pelbagai nombor.

"Semua suspek yang berumur dalam lingkungan 20-an itu akan ditahan reman dan dibawa ke IPD Brickfields bagi siasatan lanjut dibawah Seksyen 4(1)(c) Akta Pertaruhan 1953," katanya, hari ini.

Katanya orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan perjudian boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Brickfields di talian 03-22979222. - Bernama

Artikel Berkaitan: