Mereka bertembung dengan kenderaan dari arah bertentangan: Erma Fatima

A
A

PENERBIT dan pelakon terkenal, Erma Fatima terkejut apabila melihat dan mengetahui anak kepada pelakon Datuk Eizlan Yusof, Zareef, 9, terlibat dalam kemalangan jalan raya, jam 9 pagi, Khamis.

Menurut Erma sebagaimana laporan mStar, kereta jenis Toyota Vios yang dinaiki Zareef bersama pemandu peribadi Eizlan terbabit dalam kejadian malang tidak berbau itu ketika dalam perjalanan menuju ke lokasi penggambaran drama Mak Cun musim kelima.

"Masa kejadian, saya juga berada dalam perjalanan sama menuju ke lokasi, saya terkejut apabila melihat ada kemalangan dan tak sangka mereka ada dalam kemalangan tu.

"Kejadian berlaku sekitar jam 9 pagi tadi, kereta mereka bertembung dengan kenderaan lain dari arah bertentangan," jelasnya.

Meskipun tiada kecederaan berlaku namun, jelas Erma, mereka tetap dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Mengenai drama berkenaan, Erma berkata, mereka akan meneruskan penggambaran drama tersebut kerana ia merupakan penggambaran hari terakhir.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia