‘Petanda rakyat mahukan perubahan’ - Eizlan Yusof

Eizlan bersama calon PN bagi DUN Batu Tiga, Datuk Seri Rina Harun pada Ceramah Inspirasi Rakyat di Seksyen 24, Shah Alam, Selasa lalu.
Eizlan bersama calon PN bagi DUN Batu Tiga, Datuk Seri Rina Harun pada Ceramah Inspirasi Rakyat di Seksyen 24, Shah Alam, Selasa lalu.
A
A
A

PELAKON dan pengarah, Datuk Seri Eizlan Yusof, 52, optimis peratusan tinggi lebih 90 peratus pengundi awal pada Selasa adalah petanda baik pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri pada Sabtu ini.

Ujarnya, ia menjadi signal awal bahawa rakyat benar-benar mahukan perubahan dan yakin Perikatan Nasional (PN) boleh menawan banyak tempat.

“Setiap kali saya turun berkempen memberi sokongan kepada calon-calon PN yang bertanding di DUN beberapa negeri, ‘aura’ diberikan bakal pengundi sangat positif,” katanya.

Tambah Eizlan, gelombang kebangkitan rakyat semakin membara apabila pihak lawan sering menyerang beberapa pimpinan tertinggi di dalam PN terutama dari parti Pas.

Katanya, pihak lawan boleh terus menyerang secara kotor figura seperti Tan Sri Annuar Musa, Datuk Seri Sanusi Md Nor mahu pun Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang tetapi mereka lupa rakyat sedang memerhati dan bijak menilai siapa yang benar dan salah.

“Serangan demi serangan yang dilakukan pihak lawan sebenarnya menguatkan lagi sokongan rakyat kepada PN.

“Sabtu ini menjadi penentu dan saya menyeru semua yang layak mengundi supaya tunaikan kewajipan untuk mengundi,” katanya.

Sepanjang tempoh berkempen, Eizlan dilihat aktif memberi sokongan kepada calon PN antaranya Datuk Seri Rina Harun (Calon PN DUN Batu Tiga), Hilman Idham (Calon PN DUN Gombak Setia) dan Hanif Jamaluddin, calon PN bagi DUN Sungai Tua.

Artikel Berkaitan:

Ikuti maklumat terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri di sini!