Bukan saja transgender, pelacur pun pernah anggotai CCM

Rania Zara Medina berkongsi mengenai lantikannya di media sosialnya sehingga menarik perhatian umum. (Gambar kecil: Rosnah)
Rania Zara Medina berkongsi mengenai lantikannya di media sosialnya sehingga menarik perhatian umum. (Gambar kecil: Rosnah)
A
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Menteri Kesihatan yang berkhidmat pada 2009, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin mengakui pelantikan golongan minoriti seperti transgender menganggotai Mekanisme Penyelarasan Negara (CCM) berlaku ketika era pentadbiran sebelum ini.

Menurutnya, lantikan golongan berkenaan telah wujud sebelum beliau menjawat jawatan di Kementerian Kesihatan lagi.

Katanya, pelantikan berkenaan adalah mengikut prosedur sedia ada.

“Mereka berperanan memberi pendidikan berkaitan kesihatan kepada golongan minoriti di negara ini. Tidak silap saya wakil daripada golongan pekerja asing, pelacur, transgender sudah ada dilantik dalam jawatankuasa itu sebelum ini.