Cubaan seludup 42,750kg cili beracun

Salahuddin menyampaikan peralatan sekolah kepada murid dalam Dun Simpang Jeram sempena Program Back To School, hari ini.
Salahuddin menyampaikan peralatan sekolah kepada murid dalam Dun Simpang Jeram sempena Program Back To School, hari ini.
A
A
A

BAKRI - Kementerian Pertanian, Industri dan Asas Tani (MOA) melalui Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Pemeriksaan Malaysia (Maqis) berjaya mematahkan cubaan penyeludupan cili dari Vietnam yang dianggarkan seberat 42,750 kilogram.

Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, kesemua cili disyaki beracun itu ditahan dalam tiga buah kontena sewaktu berada di pintu masuk Pelabuhan Klang, Isnin lalu.

Katanya, kesemua stok cili yang dibawa bersama buah naga itu dikesan tidak mempunyai dokumen sah selain gagal mendapatkan kebenaran dan permit import.

“MOA melalui Maqis akan terus melipatgandakan usaha bagi memastikan penyeludupan cili khususnya dari Vietnam ini terkawal. Seperti dalam kes terbaharu pada 17 Disember, Maqis berjaya menahan tiga buah kontena mengandungi cili Vietnam yang dibawa bersama buah naga.

“Berdasarkan pemeriksaan, setiap sebuah kontena itu dianggarkan membawa cili seberat 14,250 kilogram. MOA telah mengambil tindakan kerana selagi mana bahan makanan ini tidak berada di pasaran, ia menjadi tanggungjawab kita. Namun sebaik dijual, ia adalah di bawah tanggungjawab Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Back To School anjuran Dun Simpang Jeram di Dewan Tun Dr Ismail, Jalan Pesta, Bakri, Muar, hari ini.

Salahuddin yang juga Adun Simpang Jeram berkata, justeru, bagi memastikan keberkesanan pihak kerajaan dalam menangani isu penjualan cili beracun ini, MOA akan memperkukuhkan kerjasama dengan pihak KKM dan Kastam.

“Setiap agensi ini akan menentukan peranan mereka masing-masing. Ia penting sebab kita nak pastikan cili-cili import ini tiada bahan perosak.

Artikel Berkaitan:

“Macam tindakan di bawah MOA, kita telah mengambil dua langkah iaitu pertama menggantung sementara permit import cili dari Vietnam sejak September lalu dan kedua, kita akan tingkatkan usaha mengesan cubaan untuk menyeludup bahan makanan ini di pintu masuk Malaysia,” tegasnya.