X

Kindly register in order to view this article
!

Pertikai pelantikan Najib: Empirical Malaysia bidas Nazri

Anina
A
A

KUALA LUMPUR - NGO Empirical Malaysia membidas kenyataan bekas Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz yang mempertikaikan pelantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN).

Presidennya, Anina Saadudin berkata, kenyataan Mohamed Nazri itu tidak berkredibiliti daripada seorang pemimpin paling tidak bertanggungjawab dalam BN.

"Jika Mohamed Nazri menyifatkan langkah itu sebagai regresif kerana meragui Najib yang kembali popular dengan fenomena ‘Bossku’ boleh menasihati BN, rakyat menyifatkan Mohamed Nazri yang akrab dengan Lim Guan Eng sebagai duri dalam daging kepada perjuangan rakyat hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Nazri tak setuju BN lantik Najib jadi penasihat

"Rakyat tidak mencari duri, tapi rakyat mencari penawar ketika kehidupan 34 juta rakyat Malaysia sedang menderita di bawah kerajaan penipu ditunjangi DAP," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, Mohamed Nazri Aziz dilaporkan berkata, beliau tidak bersetuju tindakan parti itu melantik Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN.

Mohamed Nazri yang sebelum ini dikenali sebagai pemimpin yang kuat mempertahankan Najib berkata, pelantikan itu adalah langkah ke belakang.

Menurut Anina, adalah lebih baik Mohamed Nazri membersihkan namanya terlebih dahulu sebelum mencampuri urusan pelantikan Najib.

"Mohamed Nazri juga terlibat dengan DAP dalam kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan Projek Terowong Dasar Laut.

"Mungkin Mohamed Nazri perlu menumpukan perhatian untuk membersihkan namanya terlebih dahulu sebelum bimbangkan pelantikan Najib," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!