Addis Ababa kenakan larangan motosikal

Motosikal telah menjadi pengangkutan popular di Addis Ababa untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.
Motosikal telah menjadi pengangkutan popular di Addis Ababa untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.
A
A
A

ADDIS ABABA - Ibu negara Ethiopia menguatkuasakan larangan menaiki motosikal bertujuan untuk membanteras jenayah walaupun berdepan bantahan banyak pihak yang menyuarakan rasa tidak puas hati menerusi media sosial.

Menurut Datuk Bandar Addis Ababa, Takele Uma, langkah itu dibuat berikutan kebanyakan kejadian rompakan dilakukan penjenayah yang menunggang motosikal.

Larangan itu akan dikecualikan untuk perniagaan, namun syarikat penghantaran mendakwa operasi mereka sudah mula terjejas.

Kira-kira dua minggu sebelum larangan itu dilaksanakan, syarikat penghantaran makanan, Deliver Addis dikatakan terpaksa menggantung perkhidmatan selepas pihak berkuasa merampas motosikal milik mereka.

Masalah sama turut dialami perkhidmatan penghantaran makanan lain seperti ZMall.

Difahamkan, larangan sama telah dikuatkuasakan di beberapa bandar di Afrika sebagai usaha menghalang jenayah rompak dan serangan yang menggunakan motosikal.

Sebagai contoh, motosikal komersial dilarang keras memasuki pusat bandar di Lagos, Port Harcourt dan Abuja. - Agensi

Artikel Berkaitan: