Khairy tidak setuju pelantikan Najib

Khairy ketika ditemui media di lobi Parlimen.
Khairy ketika ditemui media di lobi Parlimen.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar secara terbuka menyatakan tidak bersetuju dengan keputusan Barisan Nasional (BN) melantik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat BN.

Beliau terus mengubah pendirian bahawa kini dirinya tidak lagi gembira bersama UMNO selepas Najib dilantik mengisi posisi itu.

“Tiba-tiba saya tidak gembira di mana saya berada,” katanya ringkas sebelum terus berlalu pergi meningglkan petugas media di lobi Parlimen, hari ini.

Jika sebelum ini, Khairy dengan yakin berkata beliau tidak akan meninggalkan UMNO, di sebalik pelawaan seorang menteri Pakatan Harapan (PH) supaya beliau menyertai Bersatu.

"Saya agak gembira dengan kedudukan sekarang, terima kasih," kata bekas Ketua Pemuda UMNO itu pada 8 Julai lalu.

Semalam, BN mengumumkan lantikan Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat gabungan itu hasil keputusan mesyuarat Dewan Tertinggi BN.

Artikel Berkaitan: