Banjir kilat: 48 jam kemas rumah

Mohd Noor Nashrik bersama isterinya mengemas rumah hari ini akibat banjir kilat, Jumaat lalu.
Mohd Noor Nashrik bersama isterinya mengemas rumah hari ini akibat banjir kilat, Jumaat lalu.
A
A
A

PAYA JARAS - Sebuah keluarga terpaksa mengemas rumah selama 48 jam tanpa henti selepas kediamannya di Taman Sri Adjua di sini, dinaiki air lumpur.

Mohd Noor Nashrik Abdul Muis, 33, berkata, kejadian pertama kali dilaluinya sejak tinggal di kawasan itu menjadi rumit berikutan tekanan air rendah

“Tak pernah air masuk rumah sepanjang duduk sini dan leceh bila nak kemas rumah ada lumpur dengan tekanan air rendah kebelakangan ini,” katanya.

“ Jadi kerja membersihkan rumah memakan masa dan pili bomba pun tiada. 48 jam kami bersih rumah tanpa henti dan kalau kira semua kerugian lebih RM30,000. Memang tak sangka betul rumah kami masuk air paras hampir 1 meter.

Menurutnya, dia antara 200 penduduk yang terjejas akibat banjir kilat Jumaat lalu dan ketika kejadian dia tiada di rumah kerana bekerja di Petaling Jaya.

Artikel Berkaitan:


"Sampai-sampai pintu masuk taman jalan dah kena tutup sebab air laju,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!