Kerajaan Perak belum buat keputusan

Gambar kecil: Ahmad Faizal Azumu
Gambar kecil: Ahmad Faizal Azumu
A
A
A

IPOH - Kerajaan Perak belum membuat sebarang keputusan berhubung kedudukan seorang anggota Exconya yang dikaitkan dengan kes jenayah seksual.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pihaknya sudah dimaklumkan mengenai laporan polis seorang pembantu rumah yang mendakwa menjadi mangsa serangan seksual majikannya yang juga Exco kerajaan negeri.

"Kerajaan negeri memandang serius dakwaan berkenaan dan meminta semua pihak memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan penuh secara telus dan profesional.

"Sebarang keputusan berhubung kedudukan anggota pentadbiran berkenaan akan diputuskan selepas pihak polis menyelesaikan siasatan," katanya dalam kenyataan kepada media di sini hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain mengesahkan mengenai laporan terbabit dan akan mengambil keterangan pihak yang terlibat.

Bagaimanapun, Exco berkenaan yang enggan dikenali menafikan dakwaan tersebut menerusi satu kenyataan ringkas yang dikeluarkan pejabatnya petang tadi.

Dalam pada itu, Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Perak yang dijadualkan lusa turut ditunda dipercayai berkaitan isu tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN: Istiadat angkat sumpah Exco Perak ditunda

Artikel Berkaitan: