Maut dirempuh kereta ketika kawal lalu lintas

Mangsa maut dirempuh kereta di Persiaran Perdana, Sri Damansara, Petaling Jaya, tengah malam tadi.
Mangsa maut dirempuh kereta di Persiaran Perdana, Sri Damansara, Petaling Jaya, tengah malam tadi.
A
A
A

PETALING JAYA - Seorang pekerja kontrak yang mengawal lalu lintas di Persiaran Perdana, Sri Damansara, di sini maut selepas dirempuh sebuah kereta, malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat berkata, dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam tadi, Saidi Dollah, 50, dilanggar Perodua Myvi ketika sedang melakukan kerja kawalan lalu lintas dengan memegang lampu baton di antara lorong kiri dan lorong tengah.

"Rempuhan itu menyebabkan mangsa cedera parah dan meninggal di lokasi kejadian.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata, pemandu wanita berusia 42 tahun itu bagaimanapun tidak cedera dan hasil ujian air kencing terhadapnya juga negatif, namun ujian alkohol mendapati melebihi daripada kadar yang dibenarkan.

Katanya, siasatan masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mangsa maut di tempat kejadian akibat rempuhan.
Mangsa maut di tempat kejadian akibat rempuhan.

Artikel Berkaitan: