Kenapa kita perlu guna kereta elektrik?

Maklumat yang dikongsikan sumber portal rasmi Malaysian Green Technology Corporation mengenai kebaikan mengguna teknologi kenderaan HEV untuk jangka masa panjang.
A
A

KENDERAAN hibrid elektrik (HEV) merupakan inovasi industri permotoran yang menggunakan kombinasi tenaga enjin pembakaran dalaman (ICE) dengan satu atau lebih motor elektrik.

Menurut sumber portal rasmi Malaysian Green Technology Corporation, terdapat enam model HEV keluaran Nissan, Renault, Mitsubishi Motors, BMW dan Volvo yang dipasarkan di Malaysia.

Teknologi HEV menggunakan ICE itu untuk memutarkan generator elektrik yang dikenali sebagai sistem motor-generator untuk mengecas bateri dan kapasiti lebih kecil berbanding ICE konvensional.

Kenderaan ICE konvensional menggunakan bahan api hidrokarbon mendatangkan masalah pencemaran alam yang tak berkesudahan sekali gus mendorong keperluan penggunaan kenderaan mesra alam untuk masa akan datang.

Menariknya, evolusi ICE kini yang terdiri daripada petrol dan diesel akan mempamerkan ciri-ciri homogeneously charged compression ignition (HCCI).

Teknologi itu menggabungkan ciri kebaikan ICE jenis nyalaan (spark-ignition) dan nyalaan mampatan (compression-ignition) mengguna diesel.

Jom kita lihat kelebihan lain kenderaan HEV ini.

  • 100 peratus dipacu tenaga elektrik
  • Boleh dicaj semula menggunakan soket rumah
  • Alat pengecas menggunakan plug tiga pin
  • Caj penuh boleh sehingga 100 kilometer
  • Tempoh penggunaan 30 minit sehingga lapan jam
  • 69 peratus penjimatan kos pembelian petrol
  • 64 peratus penjimatan kos penyelenggaraan
  • Tidak lagi berdepan situasi kenaikan harga petrol 6 peratus setiap tahun


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia