Projek RM637 juta beri manfaat besar untuk Pahang

Wan Rosdy
Wan Rosdy
A
A
A

KUANTAN - Peruntukan RM637 juta yang diluluskan kerajaan bagi tiga projek infrastruktur berkaitan utiliti air di negeri ini bakal memberi manfaat besar untuk kesejahteraan rakyat.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan keputusan itu dan menghargai serta berterima kasih kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad atas pengumuman tersebut.

Menurutnya, projek pembinaan tangki imbangan berkapasiti 106 juta liter sehari di Kawasan Perindustrian Gebeng dengan kos RM173 juta dan Loji Rawatan Air (LRA) Semambu fasa tiga berkapasiti 145 juta liter sehari (RM446 juta) di sini serta projek bagi mengatasi masalah gangguan bekalan air di Raub dengan kos RM18 juta cukup besar ertinya.

“Ketiga-tiga projek infrastruktur ini merupakan usaha dalam menyedia dan meningkatkan kemudahan asas bagi manfaat dan kesejahteraan rakyat," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas pengumuman Dr Mahathir mengenai perkara tersebut dalam ucapannya pada Sambutan Hari Peneroka Felda Peringkat Kebangsaan 2019 di Rancangan Tanah Felda Selancar 3 di Rompin.

Pada majlis itu Dr Mahathir turut memberitahu keperluan bagi pelaksanaan kerja-kerja infrastruktur perlu dilaksanakan untuk memastikan rakyat hidup selesa dan menikmati kemudahan terbaik.

Artikel Berkaitan: