Kemahiran tenun pupuk nilai kesabaran

No Image Caption
A
A
A

LATIHAN kemahiran merupakan salah satu aspek yang dipraktikkan oleh pihak penjara sebagai proses pemulihan para penghuninya yang bertujuan untuk memberikan bekalan yang boleh digunakan apabila dibebaskan kelak.

Di Penjara Bentong, bengkel tenunan merupakan salah satu latihan kemahiran yang dibekalkan kepada banduan selain dapat memupuk sifat sabar kepada penghuni yang menyertai bengkel tersebut.

Banduan yang menyertai bengkel tenunan kain di Penjara Bentong dianggap bertuah kerana titik peluh mereka dihargai oleh Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Baginda telah membuat tem-pahan khas kain tenun sebagai persalinan baginda pada Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai ini.

Kini kesemua 73 penghuni yang mengikuti bengkel tenun ketika ini sedang menyiapkan kain tenun yang ditempah khas oleh Tunku Azizah itu.

Menenun ajar erti kesabaran

Puteh (bukan nama sebenar), 35, yang dijatuhkan hukuman penjara selama enam tahun atas kesalahan samun berkumpulan adalah salah seorang penghuni yang mengikuti bengkel tenunan di Penjara Bentong.

Menurut pemuda yang berasal dari Ampang itu, sejak menyertai bengkel tenunan itu, ia mengajar dirinya untuk bersikap sabar yang secara tidak langsung juga mencetuskan rasa keinsafan dan penyesalan terhadap kesalahan yang dilakukan dahulu.

Artikel Berkaitan:

Puteh mengakui proses menenun mengajar erti kesabaran.
Puteh mengakui proses menenun mengajar erti kesabaran.

“Bagi saya, proses menenun ini melatih saya untuk bersabar selain memberikan keinsafan kepada diri saya memandangkan sebelum ini saya panas baran.

“Pada permulaan dahulu, saya tidak nafikan ada terdetik rasa putus asa untuk terus menenun sebab proses tenunan ini satu kerja yang rmit. Tetapi Alham-dulillah perasaan itu tiada lagi kerana saya semakin mahir dan pegawai di sini juga banyak memberikan galakkan,” katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Kata Puteh, bengkel tenunan yang diceburinya sejak lima tahun lalu itu dipilih untuk dijadikan aktiviti hariannya di penjara kerana keunikan bengkel itu yang tiada pada bengkel-bengkel lain.

“Saya memilih untuk menyertai bengkel ini kerana ia mendapat perhatian secara peribadi daripada Raja Permaisuri Agong,” katanya.

‘Panjang’ mahu bekerja dengan Tunku Azizah

Nada yang sama turut diluahkan seorang lagi peserta bengkel tenunan dikenali sebagai ‘Panjang’, 36, yang dijatuhkan hukuman penjara lapan tahun atas kesalahan jenayah seksual.

Menurut anak ketiga daripada lima adik beradik itu, proses menenun telah merubah perwatakannya dan menga-jarnya erti kesabaran serta membantu proses pemuli-hannya di Penjara Bentong.

“Sebelum ini saya seorang yang panas baran dan semua keputusan yang dibuat secara melulu tanpa berfikir panjang.

“Tetapi proses menenun telah mengajar saya erti sabar supaya kain yang ditenun itu tidak rosak,” katanya.

‘Panjang’ sedang melakukan menenun kain yang ditempah.
‘Panjang’ sedang melakukan menenun kain yang ditempah.

‘Panjang’ yang telah men-yertai bengkel menenun sejak lima tahun lalu berkata, dia berdepan cabaran pada per-mulaan penglibatannya dalam bengkel itu kerana prosesnya yang rumit selain tiada asas dalam pembuatan kain tenun.

“Mula-mula memang ba-nyak cabaran dan tekanan sebab benang untuk tenunan sahaja sudah ada 4,000 lembar dan saya sendiri tidak tahu apa-apa berkaitan tenun.

“Tetapi saya gagahkan juga diri untuk belajar dan pegawai serta cikgu yang ditugaskan di sini banyak memberikan semangat kepada saya untuk terus belajar,” katanya.

Dia yang mula menjalani hukuman pada 2013 berkata, ilmu kemahiran tenun yang dipelajari di penjara akan dimanfaatkan sepenuhnya untuk menjalani hari-hari biasa selepas dibebaskan kelak.

“Buat masa ini, hati saya sudah nekad untuk kerja di bawah Tunku Azizah kerana baginda pernah memberi tawaran kepada kami yang dibebaskan untuk bekerja dengannya,” katanya.