Kes Adib: Ambil tindakan segera

Majlis tahlil khas Muhammad Adib diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat Machang.
Majlis tahlil khas Muhammad Adib diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat Machang.
A
A
A

MACHANG - Kematian Pegawai Bomba (PB) Muhammad Adib Mohd Kassim perlu pembelaan segera dan diberikan keadilan yang sewajarnya.

Ketua Pemuda Pas Machang, Razuan Awang Hamat berkata, pihak berwajib perlu mengambil tindakan pantas bagi menyelesaikan kes yang mengakibatkan kematian Muhammad Adib.

"Mereka yang bertanggungjawab harus dibawa ke muka pengadilan dengan segera dan tindakan tegas perlu diambil ke atas mereka. Kita tidak boleh bertolak ansur dalam kes ini.

"Bagi menghargai jasa, kami mengadakan majlis tahlil khas untuk Allahyarham di Balai Bomba dan Penyelamat Machang yang mana dianjurkan oleh Jabatan Amal Kawasan Machang, malam tadi," katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.

Menurutnya, kejadian tersebut cukup mendukacitakan rakyat Malaysia apabila membabitkan anggota keselamatan yang mempertaruhkan nyawa demi keselamatan ramai.

Artikel Berkaitan: