Pindaan umur belia tindakan terdesak: MBNP

Wan Emril Wan Embong
Wan Emril Wan Embong
A
A
A

KUANTAN - Keputusan kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Belia Dan Sukan untuk meminda Rang Undang Undang (RUU) Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia Pindaan 2019, Akta 668 baru baru ini, dilihat sebagai langkah terdesak.

Presiden Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP), Wan Emril Wan Embong berkata, langkah ini dilihat tergesa-gesa dan bermotifkan politik apatah lagi dibuat bersama sama pembentangan usul pindaan bagi menurunkan had umur layak mengundi daripada 21 kepada 18 tahun di Dewan Rakyat.

"Justeru itu MBNP menolak dan membantah pindaan ini dengan merujuk kepada keputusan beberapa negeri seperti Johor, Selangor dan Sabah yang masih mengekalkan tarif umur belia di bawah 40 tahun.

"MBNP percaya dan yakin bahawa ruang demokrasi masih terbuka untuk pindaan ini dibahaskan di Dewan Negara.

"Selain itu, kami percaya semakan semula terhadap pindaan ini perlu mengambil kira dasar dana, bantuan dan program di kementerian tertentu serta agensi yang masih mengguna pakai had umur tersebut, termasuk di Pahang," katanya.

Menurutnya, golongan belia pada had umur sebegini masih aktif memimpin persatuan di pelbagai peringkat dan pelan peralihan yang lancar dan teratur telah dilakukan dengan sistematik.

Menurutnya, MBNP bimbang tindakan drastik ini akan menyebabkan berlakunya kelompangan dalam kepimpinan belia yang akan menjejaskan proses pembangunan kapasiti anak muda merangkumi idealisme, intelektualisme dan aktivisme.

Artikel Berkaitan: